Berikut dititipkan pantun buat sahabat Ijam.
Petang hari menjala ikan,
Sambil menyiram bunga di taman;
Selamat hari lahir saya ucapkan,
Kepada Ijam yang budiman.
Anak padi tumbuh melata,
Berenang-renang si anak ikan;
Kek sudah di depan mata,
Silalah potong untuk raikan.
Tumbuh segar pohon melati,
Terbang tinggi burung lelayang;
Hadiah apa yang Ijam nanti,
Daripada orang yang tersayang?
Kura-kura dan arnab bermain jam,
Meragut rumput si kambing biri-biri;
27 Okt hari lahir Ijam
Apakah hadiah group nak beri?
Sakitnya kaki terpijak duri,
Kerna hendak menangkap ikan;
Kepada Tuhan kita syukuri,
Atas usia dan rezeki yang diberikan.
Oleh
Admin
Batu Pahat
Buah korma air zam zam
Mari dibeli ditanah Mekah
Selamat Hari Lahir utk Nizam
Moga panjang umor,rezki yg barokah
Oleh
Sa'diah Mohamed
Kluang,Johor.
Pingan mangkok piring cawan,
Hadiah dari hamba rakyat,
4 tingkat tgok tu tuan,
Moga x lupa sepanjang hayat.
Bunga ros di dalam taman,
Jdi idaman semua haiwan,
Jaga kesihatan tingkat iman,
Doa hamba utk mu kawan
Oleh
Rashidah Marzuki
Muazam Shah
Dapat naik kereta volvo
Nak pergi ke dalam pekan
Tahniah anak dapat konvo
Selamat hari ulang tahun kami ucapkan
Pagi2 tengok kartun
Kena tembak tak mati2
Ramai sungguh buat pantun
Begini lah ia sahabat sejati
Oleh
Khamis Razak
Kulai
Baha&zali membeli jam,
Jam dibeli made in rusia,
Selamat ulangtahun sahabatku Ijam,
Semoga sentiasa muda drp usia.
Oleh
Siti Hajar Mohd Yusof
Budak degil kena Rejam...
Selamat Harijadi Ijam...
Oleh
Razali Bakar
Bandar UDA Johor Bahru
FeldaTunggal, Kota Tinggi
Assalamualaikum ijam
Mak Senah menjemur ikan,
Ikan dijemur dbelakang rumah,
Selamat hari lahir ke 57 saya ucapkan,
Moga murah rezeki, berbahagia hingga ke Jannah.
Oleh
Turipah Zaini
Bandar Tenggara,Kulai, Johor.
Salam Nizam. smlam aku bagi kek. Pagi ni bagi pantun....
Minum susu jenama dutch lady.
Sedap diminum tatkala panas.
Aku ucapkan slamat hari jadi.
Buat sahabat Nizam yg budiman...
Oleh
Mansor Wari
Kuala Lumpur
Ni plk pntun 2kerat dr org klg.
Shoping2 kt Sg Way
Utk ijam, hapy bday
Mmbuat bakul dr rotan
Moga sihat minda & bdn
Oleh
Kamariah Othman
Kluang
Dari baye menuju remaja .
Alam dewasa bertukar tua .
Usia bertambah nafas bekurang ,
Satu petanda hampirnya pulang....
selamat hari lahir semoga diberkati n dirahmati hidup didunia n akhirat...... amiiiiiiiiiin
Oleh
Hamdan Jaafar
Taib Andak
Kulai
Buah korma air zam zam
Mari dibeli ditanah Mekah
Selamat Hari Lahir utk Nizam
Moga panjang umor,rezki yg barokah
Oleh
Sa'diah bt Mohamed
ibu bapa paling gembira,
melihat kita lahir ke dunia.
57thun sudah usia,
bersyukur kita pada yg Esa....
Oleh
Faridah
Hadiah daripada Hamid untuk Nizam
Terimalah seadanya.
No comments:
Post a Comment