Saturday, November 14, 2015

Gua Tempurung

Pernahkah anda ke Gua Tempurung? Gua Tempurung terletak di daerah Gopeng Perak. Admin berkesempatan berkunjung ke sini pada 14/11/2015.Sebagaimana Gua Kelian di Perlis, gua Tempurung ini menjanjikan keindahan sebagai tarikan pelancung.

Jalan masuk ke Gua Tempurung
Anda akan nampak Batu Tanda tertulis Gua Tempurung. Ini bermakna jarak dari sini ke Gua Tempurung adalah sejauh 2 km.Keadaan jalan baik dan boleh dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kereta dan juga bas.

Papan tanda ke Gua Tempurung
Jarak ke Gua Tempurung dari Bt Tanda di atas pula ialah 1 km sahaja. Persekitaran jalan nyaman.

Papan tanda untuk pengunjung
Papan tanda di atas pula menunjukka  arah perjalanan dari Gua Tempurung samada untuk ke Kampar atau ke Gopeng dan juga Ipoh.

Pemandangan di Gua Tempurung

Anda juga akan dapat melihat suasana pemandangan di hadapan Gua Tempurung. Keadaan di suni sejuk dan nyaman.Gua ini adalah merupakan Gua Batu Kapur.

Peta perjalanan di lokasi Gua Tempurung

Pengunjung juga diberikan kemudahan untuk melihat peta lokasi di Gua Tempurung ini. Ini bagi memudahkan pengunjung memilih arah lokasi yang dituju.

Tempat letak kenderaan untuk pengunjung
Tempat letak kendaraan juga disediakan di sini.Tempat letak kenderaan boleh memuatkan kira-kira 80 kenderaan dalam satu masa.

Pintu masuk Gua Tempurung
Ini merupakan pintu masuk ke Gua Tempurung. Pengunjung perlu membeli tiket di kaunter yang berkenaan sebelum dibenarkan masuk ke gua tersebut. Harga tiket mengokut kadar yang telah ditetapkan.

Pakej yang ditawarkan untuk aktiviti di Gua Tempurung

Di sini jugs disediakan informasi menganai pakej yang disediakan untuk aktiviti di Gua Tempurung. Anda boleh membuat tempahan pakej yang ditawarkan. Kevanyakan aktiviti yang ditawarkan adalah jenis lasak.

Stalamait dan stalatait itulah nama yang boleh dipadankan rupa bentuk bumi dalam gambar di atas. Pemandangan yang cukup unik. Admin cukup teruja dengan pemandangan seperti ini.


Batu tanda

Kiriman
Muhammad Amin Simon (Admin)
Tarikh:14/11/2015

No comments:

Post a Comment